Friday, 18 November 2011

LATIHAN PETIKAN

PRAKTIS   1  RENCANA

Baca petikan dibawah ini dengan teliti,kemudian jawap soalan-soalan yang berikutnya.


         Media massa merupakan alat untuk menyebarkan maklumat dan pengatahuan kepada orang ramai.Media massa merangkum radio,televisyen,surat khabar.dan yang terkini internek.kesemua alak media massa ini mempunyai peranan tersendiri dalam usaha membentuk masyarakat bermaklumat.
        Melalui media massa , maklumat dan ilmu pengatahuan dapat disebarkan semaksimum mungkin.Apatah lagi,malaysia tidak ketinggalan mengikuti perkembagan teknologi seperti negara maju lain selepas memiliki satelit sendiri.Oleh itu,peristiwa semasa seperti peperangan,bencana alam,perkembangan politik,dan bermacam macam lagi yang berlaku sama ada di dalam mahupun di luar negara dapat disalurkan kepada masyarakat dengan segara.
         Selain itu, media massa juga berfungsi sebagai penyampai iklan. Iklan yang  disiarkan melalui televisyen, radio, dan surat khabar memudahkan orang ramai mengetahui maklumat tentang sesuatu produk dan perkhidmatan mereka.
         Di samping itu, fungsi media massa seperti televisyen pula dapat mengurangkan masalah sosial khususnya di  kalangan remaja. Medium ini digalakkan dapat menyiarkan pelbagai rancangan berinformasi, berunsur pendidikan, mahupun hiburan yang bermanfaat kepada remaja. Selain itu, media massa dapat juga merapatkan hubungan kekeluargaan. Hal ini dapat dilihat apabila semua ahli keluarga berkumpul di rumah dan bersama sama menonton televisyen, membaca majalah, dan surat khabar.
          Namun begitu, perkembangan media massa dalam menyalurkan maklumat perlu diawasi dan ditapis oleh pihak berkuasa. Hal ini demikian bagi memastikan maklumat yang disampaikan kepada masyarakat tepat dan jujur selain menutup peluang mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan dakyah dan propaganda mereka.

  1. Media massa merupakan alat untuk menyebarkan....
    1. maklumat propaganda.
    2. maklumat dan pengetahuan.
    3. hiburan dan iklan.

  1. Kata medium yang terdapat dalam petikan tersebut bermaksud...
    1. pengusaha.         C.  perantara.                
            B.   proses.              D. Perkhidmatan.
                 

  1. Penyataan manakah antara yang berikut yang tidak benar mengenai media massa?
A. Media massa merupakan alat untuk menyebarkan maklumat dan pengetahuan                     
                 Kepada orang ramai.
            B. Malaysia masih lagi ketinggalan dalam perkembangan teknologi maklumat.
            C.Media massa berfungsi  juga  sebagai penyampai iklan.
            D. Perkembanagan media massa dalam menyalurkan maklumat perlu diawasi 
                dan ditapis oleh pihak berkuasa.

  1. Bagaimanakah media massa dapat menyiarkan maklumat dan peristiwa semasa
yang berlaku di dalam dan di luar negara dengan segera?

A. melalui penggunaan internet.
B.melalui teknologi satelit.
C. melalui kecekapan wartawan.
D. melalui penyiaran iklan.

     5.    Semua penyataan yang berikut benar mengenai media massa berdasarkan petikan    
            tadi, kecuali......

         A.medium untuk memasarkan barangan dan perhidmatan.
         B. dapat mengeratkan hubungan sesama keluarga.
         C.dapat menyebarkan ilmu pengetahuan dan banyak informasi yang berguna.
        D. menjadi alat untuk menyebarkan dakyah  propaganda.

 PRAKTIS  2  RENCANA.

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


                 Kuala Lumpur City Centre (KLCC), suatu kawasan yang menjadi tarikan pengunjung dari  dalam negara dan luar negeri.Keindahan KLCC bukan saja terletak pada seni binanya yang unik tetapi jugak pada persekitarannya yang indah.Di sinilah juga letaknya Menara Berkembar Petronas, iaitu menara berkembar yang tertinggi di dunia.
                 KLCC turutmenawarkan kemudahan rekreasi secara percuma kepada warga kota.Hal ini suatu alternetif kepada warga kota untuk meluangkan masa bersama dengan keluarga tanpa perlu banyak mengeluarkan belanja.Di KLCC ini terdapat sebuah taman rekreasi yang luas.Seperti taman-taman lain di bandar raya Kula Lumpur,Taman KLCC menjanjikan kepuasan kepada para pengunjung.Taman ini sesuai untuk seisi keluarga  bersantai. Keindahan taman diserikan dengan landskap yang menarik serta memberikan suasana yang redup dan damai.
                  Di taman KLCC terdapat sebuah taman permainan untuk kanak-kanak bersuka ria. Ruang taman permainan yang luas ini turut dilengkapi alat-alat permainan yang selamat seperti buaian,gelongsor,jongkang-jongket,dan lain-lain,Di sini lah kanak-kanak bebas menggunakan pelbagai permainan. Ibu bapa tidak perlu berasa risau kerana semua alat permaianan dibuat daripada plastik.Oleh itu, tidak hairanlah mengapa ibi bapa membawa anak-anak mereka bermain alat-alat permaianan di Taman KLCC setiap minggu.
                  Bersebelahan dengan taman permainan kanak-kanak ini pula dibina kolam mandi untuk kanak-kanakbawah umur 12 tahun.Struktur kolam mandi ini pula berbentuk landai seperti pinggir pantai serta dilengjapi air terjun dan air pancuran untuk menbilas badan.Walaupun paras airnya tidak begitu dalam,tetapi kolam mandi ini senantiasa diawasi oleh pengawal keselamatan.
                 Selain itu,trek jogging,wakaf,Taman Simfoni,dan pusat beli-belah di Suria KLCC turut dibina untuk kemudahan orang ramai.Ternyatalah kemudahan yang disediakan ini mampu memberikan kepuasan kepada warga kota yang mengingini pusat perkelahan yang berdekatan dan selamat.


1. Kata alternatif dalam rencana ini sama ertinya dengan kata......

   A.kemungkinan.
   B. pilihan.
   C.pertimbangan
   D.kemestian.

2. Mengapakah ibi bapa tidak perlu risau ketika anak-anak bermain?

    A. anak-anak mereka diawasi oleh pengawal keselamatan.
    B. terdapat pelbagai pilihan alat permainan.
    C. ruang taman permainan itu sangat luas.
    D. alat-alat permainan itu dibuat daripada bahan
        yang tidak berbahaya.

3. Tujuan pengawal keselamatan mengawasi kolam mandi
   adalah untuk.....

    A.menggelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
    B.memastikan kanak-kanak bermain dengan riang.
    C. menjaga kebersihan kolam mandi.
    D.menghalang ibu bapa memasuki kolam itu.

4. Semua kemudahan yang berikut disediakan  kepada 
   pengunjung di Taman KLCC,    kecuali.....

    A.trek jogging.
    B.pusat membeli belah.
    C. pusat kesihatan.

5. Faktor apakah yang memungkinan Taman KLCC
     menjadi tumpuan warga kota?

    A.seni bina dan landskapnya yang menarik.
    B. kedudukanya di menara yang tertinggi di dunia
    C. tarafnya sebagai pusat perkelahan yang mudah
        dikunjungi dan selamat
    D. keadaan persekitarannya yang nyaman

PRAKTIS  3 CERITA

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

                 ”Baiklah puan-puan. Mula-mula, kita pasang api untuk menjerang air. Selepas air mendidih nanti, barulah kita masukkan bahan-bahan yang telah kita sediakan tadi,” becok mulut Ainin menuturkan kata-kata. Lagaknya seperti pengacara televisyen yang mengacarakan rancangan masakan. Sambil itu tangannya sibuk menggoreskan batang mancis pada kotaknya. Terkebil-kebil pula Aizah memandang gelagat Ainin.
                 ”Nin, jangan bermain api,”kata Zurin yang berada tidak jauh dari tempat itu. Nada suaranya tegas. Dia berjalan pantas ke arah Ainin dan Aizah. Ketika itu, Ainin dan Aizah sedang menghadap tin susu yang berisi air yang diletakkan di atas timbunan dedaun kering.
                  ”Ala... Nin nak jerang air saja. Nin bukan nak pasang api besar-besar,” kata Ainin sambil merampas mancis di tangan Ainin. Wajah Ainin masam mencuka. Aizah pula hanya memerhatikan perlakuan kakaknya.
                  ”Ainin...Aizah...ingatlah,api ketika kecil menjadi kawan,apabila besar menjadi lawan.”Lembut tutur kata Zurin kali ini.Ainin mendongak dan terlihatnya oleh Zurin tersenyum kepadanya.
                  ”Tengok ni...”sambung Zurin sambil menyinsing lengan kiri bajunya.Berkerut dahi Ainin dan Aizah kerana hairan  melihat keganjilan pada lengan Zurin.Terdapat tompokan putih yang licin pada lengan Zurin.Ada pula bahagian kulit yang seolah-olahberkedut dan gelap warnanya.
                   ”Eh!Apa yang terjadi dengan legan Kak Zurin?”tanya Ainin sambil membelik-belek lengan Zurin.
                     ”Inilah gara-gara api,Nin,Zah.Percikan api daripada bunga api menyebabkan lengan baju Kak Zurin terbakar.Lengan Kak Zurin melecur.Beginilah keadaannya walaupun sudah dirawat,”jelas Zurin panjang lebar.
                      ”Oh,patutlah Kak Zurin selalu memaikai baju lengan panjang!”Sebelum sempat Aizah menghabiskan kata-katanya,Ainin menyiku lengannya.Aizah lalu terdiam.
                      Zurin tersenyum melihat gelagak anak-anak jirannya itu.Kemudian dia berkata,”Kak Zurin sayang akan kamu berdua.Kak Zurin tak mahu kamu mengalami apa-apa yang pernah Kak Zurin alami dulu.”
                       Ainin dan Aizah saling berpandangan.”Terima kasih,Kak Zurin,”kata Ainin dan Aizah serentak.


1. Apakah yang sedang dilakukan oleh Ainin dan Aizah ketika ditegur oleh Zurin?

    A.memasak.
    B.bermain masak-masak
    C. membakar sampah
    D. menyapu sampah


2. Yang berikut adalah sifat-sifat Zurin, kecuali...
     A. penyayang
     B. prihatin
     C. garang
     D. tegas

3. Apakah hubungan antara Zurin dengan Ainin dan Aizah?
    A. adik-beradik
    B. saudara-mara
    C. jiran tetangga
    D. anak-beranak

 4. Yang berikut merupakan tindakan Zurin untuk menghalang Ainin dan Aizah   bermain
      Api, kecuali...
   
A.    memadamkan api
B.     melarang Ainin dan Aizah bermain api
C.     merampas kotak mancis dari tangan Ainin

 5. Mengapakah Zurin melarang Ainin dan Aizah bermain api?
       A. kerana Zurin menyayangi Ainin dan Aizah
       B.kerana api pernah membakar lengan bajunya
       C.kerana api amat berbahaya
       D.kerana Ainin dan Aizah anak-anak jirannya                                                                                                                                                 













REFLEKSI MIKROTEACHING

Contoh refleksi Mikro Pengajaran












1       KEKUATAN
Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan microteaching ialah ketegasan dan kelantangan suara. Suara yang lantang akan memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Selain itu, kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan sesuatu. Hal ini kemusian akan memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid. Murid akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. ketegasan dalam menyampaikan pelajaran juga akan membuatkan murid lebih hormat kepada guru.
            Kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam penyampaian pelajaran. Kejelasan penyampaian memainkan peranan dalam kefahaman murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Arahan yang diberi jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkankefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.
  



2       KELEMAHAN
Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan microteaching ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini disebabkan terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas.
            Kelemahan dan kekurangan seterusnya ialah masalah dalam pemantauan kelas. Guru didapati hanya berada di hadapan kelas sahaja tanpa memantau aktiviti murid di setiap penjuru kelas. Guru seharusnya berjalan dan memantau setiap aktiviti murid. Melalui cara itu, guru dapat mengawal keadaan dan suasana kelas dengan lebih baik. Selain itu juga, guru dapat membantu murid dengan lebih dekat.


  3       LANGKAH MENGATASI 
Setiap kelamahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambah baikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan microteaching, penambah baikan yang perlu dilakukan ialah ketepatan penggunaan masa menyampaikan pelajaran serta pemantauan murid di dalam kelas. Guru perlu menepati ketetapan masa seperti yang ditentukan dalam RPH. Ketetapan masa perlu diikut bagi melancarkan proses PnP. Hal ini juga akan memudahkan guru menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari permulaan sesi pengajaran hingga tamat.
            Guru perlu sentiasa bergerak dan berjalan ke setiap sudut kelas bagi memantau dan melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika PnP berjalan. Kaedah ini sangat membantu guru dalam mengawal murid di dalam kelas, sama ada mengawal tingkah laku murid, atau membantu ketidak fahaman murid terhadap pelajaran secara seta merta. Perkara ini perlu dilakukan oleh setiap guru dalam proses PnP di dalam kelas. Ia menunjukkan interaksi dan komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid.

CONTOH PENULISAN ILMIAH












Ramai di antara kita tidak tahu bagaimana hendak menulis menggunakan laras bahasa ilmiah sepertimana disyaratkan oleh pihak UPSI untuk menyiapkan kerja kursus KRB 3033. Di sini saya sertakan Contoh Penulisan Ilmiah. Semoga artikel ini dapat memberi manafaat kepada cikgu-cikgu dan semua pelawat.

KAEDAH PENULISAN ILMIAH

Pengenalan
              Penulisan ilmiah merujuk penulisan yang berlandaskan metodologi keilmuan atau metodologi saintifik. Metodologi saintifik ialah pendekatan mengungkapkan fakta dan bukti bagi menyokong kebenaran melalui bebarapa langkah seperti perumusan masalah, pembentukan hipotesis, deduksi hipotesis dan pengujian kebenaran.
            Bahasa penulisan ilmiah, biasanya memilih kata, istilah, ungkapan dan ayat yang maknanya bersifat denotasi, iaitu tepat dan jelas supaya tidak disalahertikan dengan makna-makna lain. Dengan demikian karangan ilmiah harus bersifat objektif, jujur dan tepat.


Jenis-jenis Penulisan Ilmiah

Jenis-jenis penulisan ilmiah yang utama ialah esei ilmiah, kertas kerja, laporan kajian, tesis dan disertasi. 
Esei ilmiah merujuk karangan ilmiah yang pendek tentang topik atau permasalahan berdasarkan data yang diperolehi melalui rujukan perpustakaan dan / atau kerja lapangan. Penghuraiannya bersifat rasional-empiris dan objektif.
Kertas kerja ialah penulisan ilmiah yang memaparkan sesuatu fakta atau permasalahan berdasarkan data kerja lapangan dan / atau rujukan perpustakaan. Analisis dalam kertas kerja adalah lebih serius serta bersifat rasional-empiris dan objektif. Kertas kerja biasanya ditulis untuk diterbitkan dalam jurnal akademik atau dibentangkan dalam pertemuan ilmiah seperti seminar, bengikel dan sebagainya.
Laporan kajian atau penyelidikan ialah penulisan ilmiah yang menyampaikan maklumat atau fakta tentang sesuatu kepada pihak lain. Penghuraiannya juga bersandarkan kepada metodologi saintifik dan berdasarkan data kerja lapangan dan / atau rujukan perpustakaan.
Tesis ialah penulisan ilmiah yang sifatnya lebih mendalam. Tesismengungkapkan pengetahuan baru yang diperoleh daripada pengamatan atau penyelidikan sendiri. Penulisan ilmiah ini melibatkan pengujian hipotesis bagi membuktikan kebenaran. Tesis biasanya ditulis oleh pelajar peringkat Sarjana Muda Kepujian dan peringkat Sarjana serta perlu dipertahankan di hadapan panel viva-vocĂȘ.
Disertasi ialah penulisan ilmiah tahap tertinggi dalam hierarki pancapaian akademik, iaitu untuk mendapatkan gelaran Doktor Falsafah (Ph.D). Disertasi melibatkan fakta berupa penemuan penulis sendiri berdasarkan metodologi saintifik dan analisis yang terperinci. Seperti tesis, disertasi juga perlu dibentangkan dan dipertahankan di hadapan panel atau lembaga viva-vocĂȘ.


Ciri-ciri Khusus Penulisan Ilmiah

Terdapat beberapa ciri khusus dalm penulisan ilmiah yang perlu diberi perhatian:

1.            Catatan Pustaka
2.            Catatan Kaki dan Catatan Kaki Singkat
3.            Petikan Langsung dan Tak Langsung
4.            Bibliografi / Rujukan / Daftar Pustaka


Catatan Pustaka

Dalam penulisan ilmiah, sumber maklumat yang digunakan atau dirujuk perlulah dinyatakan. Catatan tentang sumber maklumat seperti buku, majalah, jurnal atau surat khabar disebut catatan pustaka. Teknik catatatn pustaka yang lazimnya digunakan adalah seperti berikut:
            Jika nama pengarang dimasukkan bersama teks, karangan yang  diisi di dalamnya tahun penerbitan dan muka surat dan perlu ditempatkan selepas nama pengarang tersebut. Tanda titik bertindih (:), dimasukkan di antara angka tahun terbitan dengan angka muka surat. Contoh:

Menurut Mohd. Nor Daud (1997 : 63), ayat yang berkesan ialah satu bentuk ayat yang disokong oleh kepelbagaian dalam struktur ayat.
atau    Hassan Ahmad (2000), juga sependapat dengan.... atau
Mengikut pandangan Saville – Troike (1986 : 52-63), peristiwa komunikasi....
Jika dalam teks nama pengarang tidak disebut, catatan nama pengarang, tahun penerbitan dan muka surat dimasukkan di dalam kurungan dan diletakkan di hujung teks sebelum noktah. Tanda koma (,) diletakkan di antara nama pengarang dengan tahun terbit. Contoh:

            Secara amnya peribahasa ialah percakapan atau ujaran yang mengandungi kebijaksanaan fikiran dan pemerhatian yang tersusun dalam bentuk yang ringkas, indah, sedap didengar dan benar pada perasaan dan fikiran.
(Keris Mas, 1988 : 136)






Catatan Kaki
Catatan kaki ialah catatan-catatan kecil yang berfungsi memberikan keterangan tambahan terhadap teks yang ditulis. Catatan kaki ditempatkan pada bahagian bawah halaman dan dipisahkan daripada teks dengan garis panjang. Penomboran yang berurutan diberikan kepada setiap catatan kaki.
Contoh:
 .....kajian etimologi1 tidak dapat dipisahkan daripada kajian linguistik...
            ________________________________________________
            1. Etimologi ialah kajian tentang kata serta perubahan bentuk dan makna.

Catatan Kaki Singkat
Catatan kaki singkat merupakan satu lagi kaedah menunjukkan sumber rujukan selain kaedah catatan pustaka.

ibid.                 (singkatan daripada ibidum, ertinya sama dengan yang di atas).
Digunakan untuk catatan kaki yang sumbernya sama dengan catatan kaki yang telah disenaraikan di atasnya.

op.cit               (singkatan daripada opere citati, ertinya dalam buku / karya
yang telah dipetik), digunakan untuk catatan kaki daripada sumber yang telah dinyatakan, tetapi telah disisip catatan kaki lain daripada sumber lain.

loc.cit              (singkatan daripada loco citati, ertinya tmpat yang telah dipetik)
seperti op.cit, tetapi dipetik daripada perenggan yang lain.

            Perhatikan contoh catatan kaki singkat yang menunjukkan sumber rujukan dan ditempatkan pada bahagian bawah halaman serta dipisahkan daripadaa teks degan garisan panjang seperti yang berikut:

1.            John Dewey, 1974. How We Think. Chicago. Henry Regnery Company. hal : 75

2.            Shaykh Hakim Moinuddin Chisti, 1985. The Book of Sufi Healing. New York. Inner Traditions International Ltd. hal : 25

3.            Ibid, hal. 45

4.            John Dewey, op.cit., hal 89.

5.            John Dwey, loc.cit.

Penggunaan catatan untuk menunjukkan sumber rujukan mestilah selaras dalam keseluruhan penulisan. Jika kaedah catatan pustaka yang dipilih, maka keseluruhan penulisan haruslah menggunakan kaedah ini. Sebaliknya jika kaedah catatan kaki singkat digunakan, maka keseluruhan penulisan mestilah mengekalkan penggunaan kaedah ini dengan konsisten
Petikan Tak Langsung
Petikan tak langsung merupakan pengungkapan kembali pendapat, gagasan pokok, ringkasan atau kesimpulan daripada sebuah tulisan dengan gaya penulis sendiri. Teknik menyatakan sumber informasi dalam petikan tak langsung adalah sama seperti teknik catatan pustaka.
 Petikan Langsung
Petikan langsung pula ditulis dalam susunan ayat asalnya tanpa sebarang perubahan dan diberi tempat tersendiri, terpisah daripada teks. Petikan langsung kadang-kadang diperlukan untuk mempertahankan keaslian penyataan yang dipetik, menunjangi hujah atau memberi maklumat tambahan.
            Petikan langsung diberi tanda petik (“ “) padanya dan diikuti oleh catatan pustaka. Biasanya petikan langsung ditulis rapat (satu spasi) ataupun dikecilkan saiz hurufnya seperti contoh yang berikut:

“segala sesuatu cakap yang pendek yang melekat di mulut orang ramai semenjak beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak perkataannya, luas dan besar tujuannya dipakainya sebagai sebutan-esbutan orang sebagai bandingan teladan dan pengajaran”.
(Za’ba, 1965 : 165)

            Sementara Clifford dan Swettenham menyatakan hasil pemrhatian mereka iaitu:

“.......peribahasa merupakan bahasa diplomatik, amat sesuai untuk mengelakkan diri daripada terlalu berterus-terang”.
(Brown, 1951 : X)



Bibliografi

Menulis bibliografi atau daftar pustaka bermaksud menyenaraikan semua sumber rujukan dan bacaan sama ada yang telah diterbitkan seperti buku, jurnal dan majalah ataupun yang belum terbit seperti kertas kerja, tesis dan disertasi. Biblografi dapat membantu pembaca mengetahui sumber-sumber yang digunakan dalam sesuatu kerja ilmiah. Ada beberapa hal yang perlu diperhatikan dalam penyusunan bibliografi:

1.            Bibliografi tidak diberi nombor
2.            Urutan nama penulis mengikut urutan huruf
3.            Gelaran penulis tidak dimasukkan
4.            Bibliografi diletakkan pada bahagian terakhir tulisan
5.          Nama pengarang Melayu, Cina dan India ditulis penuh dalam susunan asal tetapi pengarang Barat, hanya nama keluarga sahaja yang ditulis.

Urutan unsur-unsur yang ditulis dalam bibliografi ialah:

Nama penulis
Tahun penerbitan 
Judul – digaris atau dicetak 'italic'
Tempat penerbitan 
Nama penerbit

Perhatikan contoh-contoh bibliografi di bawah ini.

Bibliografi

Abdullah Hassan, 1984. Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia.
Petaling Jaya. Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Campbell. W.G., 1976. Form And Style In Thesis Writing. Boston.
Houghton Mifflis Company.

Mohd. Senu Awang, 1994. Khutbah Jumaat : Satu Analisis Laras. Kuala
Lumpur. Penerbitan Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Nik Safiah karim, et. All. 1993. Tatabahasa Dewan, jilid 1 dan 2. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Soosai Ganesh, 1981. Kamus Ungkapan Lengkap. Kuala Lumpur.
Penerbitan Geetha.

Tan Ching Kwang, 1985. Malay Proverbs. Kuala Lumpur. Graham Brash.
Teo Kok Seong, 1997. Linguistik Antropologi: Satu Pengenalan Teoritis,
dlm. Jurnal Dewan Bahasa. 41 : 3 Mac, hlm. 243-251.

Razak A. Majid, 2002. Bahasa untuk Masyarakat Madani, dlm. Berita
Harian. September, hlm 12.



Tuesday, 15 November 2011

PENCEMARAN BAHASA MELAYU

                Pencemaran bahasa Melayu masih berleluasa seperti yang dapat kita lihat menerusi papan tanda dan papan iklan yang dipasang di seluruh negara. Malang sekali, masyarakat kita hari ini tidak sensitif dengan kesalahan yang berlaku secara terang-terangan terhadap bahasa Melayu,
Contohnya di kawasan Dataran Merdeka Kuala Lumpur, ada sebuah papan tanda yang didirikan berhampiran dengan Dataran Merdeka, salah satu daripada tujuannya adalah untuk menunjukkan arah atau letaknya “Kelab Di Raja Selangor”, iaitu di tepi Dataran Merdeka.
                     Dalam papan tanda tersebut, ejaan kata “Di Raja” yang digunakan dalam frasa “Kelab Di  Raja Selangor” sebenarnya tidak tepat. Kata “Di Raja” sepatutnya dieja “Diraja”, kerana “Di” pada kata tersebut bukanlah awalan ataupun kata sendi nama, tetapi merupakan sebahagian daripada kata dasar.
 Kata “diraja” sebenarnya merupakan kependekan daripada kata “adiraja”, dan dalam bidang linguistik, proses pembentukan kata tersebut dikenali dengan istilah “aferesis”. Aferesis iaitu pengguguran atau penghilangan satu huruf di awal kata, seperti hujung menjadi ujung dan hulu menjadi ulu. Jadi, ejaan frasa “Kelab Di Raja Selangor” sepatutnya diubah  menjadi “Kelab Diraja Selangor”.
                            Secara tuntas, Pihak Kerajaan Tempatan dapat mengambil iktibar untuk membaiki kesalahan mereka meremeh-remehkan kesalahan tatabahasa Melayu dalam papan iklan. Jika pihak kerajaan tempatan sentiasa menyeru pihak peniaga dan pemilik kedai membetulkan kesalahan papan iklan mereka dengan menggunakan khidmat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), bagaimana pula dengan mereka sendiri?