1. | Kata ganda terbentuk daripada kata dasar yang diulang atau digandakan seluruhnya atau digandakan sebahagiannya sahaja. | |
2. | Terbahagi kepada empat: | |
i. | Kata ganda seluruh Contoh: ibu-ibu , pokok-pokok, murid-murid dan sebagainya | |
ii. | Kata ganda separa Contoh: bebuli, pepohon, lelayang, kekuda dan sebagainya | |
iii. | Kata ganda bersajak Contoh: licin-licau, ulang-alik , suku-sakat dan sebagainya | |
iv. | Kata ganda berimbuhan Contoh: sayur-sayuran, buah-buahan, bunga-bungaan dan sebagainya |
Tuesday, 25 October 2011
TATABAHASA - Kata Ganda
Monday, 17 October 2011
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
BAHASA MELAYU TAHUN 5
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Baca cerita dibawah dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.
BAHASA MELAYU TAHUN 5
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 5 Ibnu Nafis
Bil. Murid : 35 Orang
Tema : Institusi Pelajaran
Tajuk : Usaha Tidak Henti Kejayaan Menanti
Tarikh : 7.10.2011
Masa : 8.45 pagi – 9.45 pagi
Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat :
1. Menyenaraikan 5 kata ganda dengan betul.
2. Membina sekurang –kurangnya 5 ayat menggunakan kata ganda dengan betul.
3. Menyatakan sekurang –kurangnya 3 mesej dalam petikan.
Fokus Utama : 5.2 Membaca kuat teks pantun dan puisi
dengan sebutan dan intonasi
dengan sebutan dan intonasi
yang betul dan lancar serta
memahami perkara yang dibaca.
memahami perkara yang dibaca.
Fokus Seterusnya : 8.6 Menggunakan pelbagai
jenis ayat dan wacana
dalam penulisan.
Aras 21 (i) Menulis perkataan dan
pelbagai jenis ayat
berdasarkan topik
yang diberi.
Kemahiran Berbahasa : Mendengar dan menulis,
membaca dan menulis.
membaca dan menulis.
Sistem Bahasa : Tatabahasa : Kata Sendi,
Ayat Majmuk,Ayat Tunggal.
Ayat Majmuk,Ayat Tunggal.
Nilai Murni : Bertanggungjawab,Kerjasama
dan Kasih Sayang.
dan Kasih Sayang.
Kaedah Berfikir : Menjana idea, banding beza.
Kecekapan Pelbagai : Verbel logistik,
inter- intra personal.
inter- intra personal.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah mendengar
dan belajar kata ganda.
dan belajar kata ganda.
BBM : Kad imbas, lembaran
kerja bahan maujud.
kerja bahan maujud.
Isi Pelajaran | Aktiviti P & P | Catatan |
Memperkenalkan kata ganda - Gula- gula - Paku- pakis - Rama- rama - Buah- buahan | Set Induksi (5 minit) 1.Guru menunjukkan sebekas gula- gula, sayur- sayuran, paku- pakis. 2.Murid menyatakan bahan tersebut. 3.Guru mengaitkan dengan tajuk hari ini. | KBBK : Inferens, menjana idea. Nilai : Kerjasama, bertanggungjawab BBM : Gula- gula, paku- pakis |
Usaha Tidak Henti Kejayaan Menanti | Langkah 1 (15 minit) 1.Guru mengedarkan petikan. 2.Murid membaca senyap dan memahami isi kandungan petikan. 3.Guru menilai secara rawak murid membaca petikan. 4.Guru membimbing bacaan murid. | KBBK: Menjana idea KB : Urbal linggistik Nilai : Kerjasama, bertanggungjawab. BBM : Lampiran teks. |
Kata ganda dalam petikan. | Langkah 2 (20 minit) 1.Murid dibimbing oleh guru untuk mencari kata ganda dalam petikan. 2. Murid menggaris kata ganda. 3.Guru membuat penilaian dengan jawapan murid. | KBBL : Membuat keputusan. Nilai : BBM :Lampiran teks. |
Kata Ganda Penutup Koniktif: Murid dapat membina kata ganda. | Langkah 3 (25 minit) 1.Cara menjawab kata ganda. 2.Guru memastikan murid membina ayat kata ganda yang diberi. 3.Guru membimbing murid membina ayat Penutup (5 minit) 1.Guru merumuskan tentang isi pelajaran pada hari ini. 2.Guru bersoal jawab tentang kata ganda. | BCB :Menjana idea BBM : Kad imbasan |
Baca cerita dibawah dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.
Izhar menutun basikalnya lalu perlahan – lahan lalu menyandarkan pada tiang rumahnya. Dia berasa serba salah untuk berhadapan dengan ibunya. Waktu itu, ibunya sedang menyidai pakaian di ampaian.
“Malunya aku hendak memberikan kad kemajuan ini untuk ditandatangani oleh ibu,” bisik Izhar sambil merenung ke arah sebuah busut di bawah rumahnya.
“Wah hebatnya anai – anai itu! .Setahu aku ayah telah mencangkul busut itu minggu lepas.”
Izhar terpukau oleh kerajinan anai – ania yang tidak mengenal erti mengalah. Dugaan yang dihadapi dapat diatasi oleh anai – anai itu.Kerja – kerja membina busut itu tetap dilakukan.
. “Busut itu tentunya sekecil bola beberapa hari yang lepas. Hari ini busut itu telah meninggi setinggi baldi merah ibu,” bisik Izhar lagi.
Izhar pun terus mengingatkan kembali keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang diperolehnya tadi. Impiannya untuk mendapat 5A dalam peperiksaan berkecai.
“Jangan bimbang, ayah, ibu. Saya pasti akan berjaya mengharumkan nama sekolah. Sekolah saya terkenal sebagai Sekolah Harapan Negara. Lagipun saya seorang murid yang dikagumi di sekolah itu.” Kata – kata itu diingati kembali selepas ayah dan ibunya berleter kerana tidak mengulang kaji pelajaran.
Aku kesal dengan kata –kataku tempoh hari. Selama ini aku rasakan akulah yang terbaik dalam kalangan rakanku.
“Aduh, pedihnya rasa hatiku ini! Aku malu hendak berjumpa dengan mereka,” bisiknya lagi.
“ Izhar, apakah yang kamu buat di tepi rumah itu?Pergilah naik.Ibu telah menyediakan makanan di dapur.
Makan ya, nak!” tegur ibunya.
“Baiklah ,ibu,” kata Izhar
Semasa hendak makan, Izhar termenung lagi. Kali ini dia teringat – ingat akan kehebatannya dalam bidang sukan di sekolah. Semua guru memujinya dan mereka sering menasihatinya agar berusaha dengan bersungguh – sungguh,tetapi dia masih bersikap sambalewa.
Perbuatan Izhar akhirnya makan diri. Dia benar – benar menyesal.Cita - cita ibu dan ayahnya hendak melihatnya memasuki sekolah berasrama penuh mungkin punah.
“Mulai hari ini, aku berjanji akan berusaha seperti anai – anai itu dan tidak akan mengalah sama sekali.Aku akan memastikan hasrat ayah dan ibu tercapai,” bisik Izhar.
Arahan : Senaraikan kata ganda yang terdapat dalam cerita di atas. Kemudian, bina ayat dengan menggunakan kata ganda tersebut.
- Kata ganda dalam petikan :
- anai-anai
- kata-kata
- teringat-ingat
- cita-cita
- perlahan-lahan
- kerja-kerja
- rakan-rakan
- sungguh-sungguh
- benar-benar
- Bina ayat dengan menggunakan kata ganda
a. Anai-anai hidup dalam sebuah kelompok besar.
b. Kerja-kerja pembaikan jalan telah dilakukan.
c. Saya mohon maaf atas kata-kata saya yang agak kasar.
d. Rakan-rakan turut membantu saya semasa saya ditimpa kesusahan.
e. Saya masih teringat-ingat akan semua peristiwa yang berlaku di hutan ini.
f. Beliau bersungguh-sungguh hendak memajukan kawasan itu.
g. Cita-cita saya hendak menuntut di universiti telah tercapai.
h. Saya benar-benar tidak menyangka yang awak akan datang ke sini.
i. Lakukan kerja itu dengan cermat dan perlahan-lahan.
3. Mesej dalam cerita
a. Sekali gagal bukan bermakna gagal untuk selama-lamanya.
b. Kita akan lebih yakin jika kita berusaha bersungguh-sungguh.
c. Kehidupan haiwan adakalanya memberikan pengajaran kepada manusia.
d. Usaha tangga kejayaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)