Tuesday 25 October 2011

TATABAHASA - Kata Ganda

1.
Kata ganda terbentuk daripada kata dasar 
 yang diulang atau digandakan seluruhnya 
atau digandakan sebahagiannya sahaja.

2.
Terbahagi kepada empat:

i.
Kata ganda seluruh
Contoh:
ibu-ibu , pokok-pokok, murid-murid

 dan sebagainya

ii.
Kata ganda separa
Contoh:
bebuli, pepohon, lelayang, kekuda 

dan sebagainya

iii.
Kata ganda bersajak
Contoh:
licin-licau, ulang-alik , suku-sakat

 dan sebagainya

iv.
Kata ganda berimbuhan
Contoh:
sayur-sayuran, buah-buahan, bunga-bungaan 

dan sebagainya

Monday 17 October 2011

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
BAHASA MELAYU TAHUN 5
        Mata Pelajaran :  Bahasa Melayu
            Tahun : 5 Ibnu Nafis
            Bil. Murid : 35 Orang
            Tema : Institusi Pelajaran
            Tajuk : Usaha Tidak Henti Kejayaan Menanti
            Tarikh : 7.10.2011
            Masa : 8.45 pagi – 9.45 pagi
           
           Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat :
1.    Menyenaraikan  5 kata ganda dengan betul.
2.    Membina sekurang –kurangnya 5 ayat menggunakan kata ganda dengan betul.
3.    Menyatakan sekurang –kurangnya 3 mesej dalam petikan.


            Fokus Utama : 5.2  Membaca kuat teks pantun dan puisi 
                                               dengan sebutan dan intonasi
                                              yang betul  dan lancar serta 
                                               memahami perkara yang dibaca.
           
            Fokus Seterusnya : 8.6  Menggunakan pelbagai
                                               jenis ayat dan wacana 
                                dalam penulisan.

                               Aras 21 (i)  Menulis perkataan dan
                                                pelbagai jenis ayat
                                berdasarkan topik 
                                 yang diberi.         
           
            Kemahiran Berbahasa   : Mendengar dan menulis,
                                                        membaca dan menulis.
            Sistem Bahasa                : Tatabahasa : Kata Sendi,
                                                        Ayat Majmuk,Ayat Tunggal.
            Nilai Murni                         : Bertanggungjawab,Kerjasama
                                                         dan Kasih Sayang.
            Kaedah Berfikir                : Menjana idea, banding beza.
            Kecekapan Pelbagai       : Verbel logistik, 
                                                          inter- intra personal.
            Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah mendengar 
                                                          dan belajar kata ganda.
            BBM                                    : Kad imbas, lembaran
                                                           kerja bahan maujud. 



Isi Pelajaran


Aktiviti P & P

Catatan
Memperkenalkan kata ganda

-          Gula- gula
-          Paku- pakis
-          Rama- rama
-          Buah- buahan
Set Induksi (5 minit)
1.Guru menunjukkan sebekas      gula- gula, sayur- sayuran, paku- pakis.
2.Murid menyatakan bahan   tersebut.
3.Guru mengaitkan dengan tajuk hari ini.
KBBK : Inferens, menjana idea.
Nilai  : Kerjasama, bertanggungjawab
BBM  : Gula- gula, paku- pakis
Usaha Tidak  Henti Kejayaan Menanti
Langkah 1 (15 minit)
1.Guru mengedarkan petikan.
2.Murid membaca senyap dan memahami  isi kandungan petikan.
3.Guru menilai secara rawak murid membaca petikan.
4.Guru membimbing bacaan murid.
KBBK: Menjana idea
KB     : Urbal linggistik
Nilai : Kerjasama, bertanggungjawab.
BBM : Lampiran teks.
Kata ganda dalam petikan.
Langkah 2 (20 minit)
1.Murid dibimbing oleh guru untuk mencari kata ganda dalam petikan.
2. Murid menggaris kata ganda.
3.Guru membuat penilaian dengan jawapan murid.
KBBL : Membuat keputusan.
Nilai  :
BBM :Lampiran teks.
Kata Ganda












Penutup


Koniktif: Murid dapat membina  kata ganda.

Langkah 3 (25 minit)
1.Cara menjawab kata ganda.
2.Guru memastikan murid membina ayat kata ganda yang diberi.
3.Guru membimbing murid membina ayat




Penutup (5 minit)
1.Guru merumuskan tentang isi pelajaran pada hari ini.

2.Guru bersoal jawab tentang kata ganda.

BCB :Menjana idea
BBM : Kad imbasan


Baca cerita dibawah dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.

            Izhar menutun basikalnya lalu perlahan – lahan lalu menyandarkan pada tiang rumahnya. Dia berasa serba salah untuk berhadapan dengan ibunya. Waktu itu, ibunya sedang menyidai pakaian di ampaian.
            “Malunya aku hendak memberikan kad kemajuan ini untuk ditandatangani oleh ibu,” bisik Izhar sambil merenung ke arah sebuah busut di bawah rumahnya.
            “Wah hebatnya anai – anai  itu! .Setahu aku ayah telah mencangkul busut itu minggu lepas.”
            Izhar terpukau oleh kerajinan anai – ania  yang tidak mengenal  erti mengalah. Dugaan yang dihadapi dapat diatasi oleh anai – anai  itu.Kerja – kerja membina busut  itu tetap dilakukan.
.           “Busut itu tentunya sekecil bola beberapa hari yang lepas. Hari ini busut itu telah meninggi setinggi baldi merah ibu,” bisik Izhar lagi.
            Izhar pun terus mengingatkan kembali  keputusan peperiksaan pertengahan  tahun yang diperolehnya tadi. Impiannya  untuk  mendapat 5A dalam peperiksaan berkecai.
            “Jangan bimbang, ayah, ibu. Saya pasti akan berjaya mengharumkan nama sekolah. Sekolah saya terkenal sebagai Sekolah Harapan Negara. Lagipun saya seorang murid yang dikagumi di sekolah itu.” Kata – kata itu diingati kembali selepas ayah dan ibunya berleter kerana tidak mengulang kaji pelajaran.
            Aku kesal dengan kata –kataku tempoh hari. Selama ini aku rasakan akulah yang terbaik dalam kalangan rakanku.
            “Aduh, pedihnya rasa hatiku ini! Aku malu hendak berjumpa dengan mereka,” bisiknya lagi.
            “ Izhar, apakah yang kamu buat di tepi rumah itu?Pergilah naik.Ibu telah menyediakan makanan di dapur.
Makan ya, nak!” tegur ibunya.
“Baiklah ,ibu,” kata Izhar
            Semasa hendak makan, Izhar termenung lagi. Kali ini dia teringat – ingat akan kehebatannya dalam bidang sukan di sekolah. Semua guru memujinya dan mereka sering menasihatinya agar berusaha dengan bersungguh – sungguh,tetapi dia masih bersikap sambalewa.
            Perbuatan Izhar akhirnya makan diri. Dia benar – benar  menyesal.Cita -  cita ibu dan ayahnya hendak melihatnya memasuki sekolah berasrama penuh mungkin punah.
            “Mulai hari ini, aku berjanji akan berusaha seperti anai – anai itu dan tidak akan mengalah sama sekali.Aku akan memastikan hasrat ayah dan ibu tercapai,” bisik Izhar.

Arahan : Senaraikan kata ganda yang terdapat dalam cerita di atas. Kemudian, bina ayat dengan menggunakan kata ganda tersebut.

  1. Kata ganda dalam petikan :
  1. anai-anai
  2. kata-kata
  3. teringat-ingat
  4. cita-cita
  5. perlahan-lahan
  6. kerja-kerja
  7. rakan-rakan
  8. sungguh-sungguh
  9. benar-benar
  1. Bina ayat dengan menggunakan kata ganda
a.       Anai-anai hidup dalam sebuah kelompok besar.
     
b.      Kerja-kerja pembaikan jalan telah dilakukan.

c.       Saya mohon maaf atas kata-kata saya yang agak kasar.

d.      Rakan-rakan turut membantu saya semasa saya ditimpa kesusahan.

e.       Saya masih teringat-ingat akan semua peristiwa yang berlaku di hutan ini.

f.       Beliau bersungguh-sungguh hendak memajukan kawasan itu.

g.      Cita-cita saya hendak menuntut di universiti telah tercapai.

h.      Saya benar-benar tidak menyangka yang awak akan datang ke sini.

i.        Lakukan kerja itu dengan cermat dan perlahan-lahan.


3.  Mesej dalam cerita

a.       Sekali gagal bukan bermakna gagal untuk selama-lamanya.

b.      Kita akan lebih yakin jika kita berusaha bersungguh-sungguh.

c.       Kehidupan haiwan adakalanya memberikan pengajaran kepada manusia.

d.      Usaha tangga kejayaan.