Thursday, 8 December 2011

MENGENDALIKAN MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

Tidak semua teknik berkesan untuk semua murid. Guru perlu menggunakan variasi teknik bagi membentuk persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif bagi membantu murid dengan keperluan khas. Dari semasa ke semasa, guru berhadapan dengan murid-murid yang bermasalah pembelajaran. Namun begitu, tidak dapat dinafikan masih ramai guru yang kurang mengetahui bagaimana murid itu perlu dibantu bagi memastikan ia berjaya di dalam kelas. Pelbagai teknik serta idea digunakan, namun mereka perlu membuat penyesuaian kerana setiap murid adalah berbeza. Tidak semua teknik berkesan untuk semua murid dan guru perlu menggunakan variasi teknik bagi membentuk persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif bagi membantu murid dengan keperluan khas.

a. Tugasan dan bahan bantu
Beri tugasan yang ringkas tetapi kerap. Dengan tugasan yang ringkas dapat membantu murid berpeluang menikmati kejayaan dan juga memberi peluang kepada guru mendekati murid. Tugasan yang kerap diberi pula meningkatkan peluang untuk berjaya. Ini dapat dilakukan dengan mengadakan analisis tugasan iaitu dengan menjadikan tugasan dalam bentuk unit-unit kecil. Sebagai contoh, beri lima ayat ataupun lima soalan sahaja supaya murid dapat menerima maklum balas secepat mungkin.
Semak tugasan murid secepat mungkin bagi membolehkannya mendapat pujian dan maklum balas lebih awal.
Benarkan murid menggunakan pelbagai kaedah alternatif dalam memperoleh ataupun menyampai-kan maklumat seperti menggunakan pita rakaman dan lain-lain.
Sentiasa adakan perjumpaan dengan murid walau-pun dalam masa yang singkat sahaja bagi membolehkan murid bertanya, menyelesaikan masalah, berasa dihargai dan mengelakkan daripada rasa terasing.

b. Masa dan ruang
Pastikan meja murid tidak dipenuhi dengan pelbagai bahan yang tidak diperlukan dan benarkan murid belajar di ruang yang diminati seperti di meja karel apabila diperlukan. Walau bagaimanapun guru perlu mengawal supaya murid tidak sering duduk bersendirian.
Apabila memulakan hubungan dengan murid, dudukkan murid berhampiran dengan guru bagi memudahkan pengawasan.
Guru perlu berusaha mengasingkan murid khas daripada murid yang mengganggunya.
Selang-selikan masa senyap dan masa aktif bagi mengekalkan minat dan motivasi murid.
Adakan kontrak kerja bagi tugasan tertentu supaya murid dapat idea berkaitan tanggungjawabnya.

c. Gaya- Terdapat murid yang dapat belajar dengan lebih baik dengan melihat (pelajar visual), dengan mendengar (pelajar auditori) dan dengan memyentuh (pelajar tactile). Penyesuaian perlu dibuat bagi menentukan sistem pembelajaran yang terbaik bagi murid itu.

i. Bagi murid jenis pelajar auditori:
- beri arahan lisan dan tulisan- pastikan tugasan juga diberi dalam pita rakaman supaya murid dapat mendengarnya semula- beri ujian lisan- pastikan murid menghafal maklumat penting dan merakamnya

ii. Bagi murid jenis pelajar visual:
- guna kad imbasan yang mengandungi warna yang terang
- biarkan murid memejamkan mata bagi membolehkan mereka menggambarkan maklumat ataupun perkataan- sediakan bahan tambahan dalam bentuk visual bagi semua arahan lisan
- galakkan murid mencatat nota dan memo kepada diri sendiri berkenaan perkataan, konsep ataupun idea penting.Aziz Poniran (Saturday, 13 Ogos 2011)

No comments:

Post a Comment

Post a Comment