Thursday 8 December 2011

KARANGAN

KARANGAN

Contoh Surat Rasmi 1
Soalan :Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
kamu dikehendaki menulis sepucuk surat kepada
 Guru Besar untuk memohon kebenaran
 mengadakan lawatan ke pameran buku.

Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000, Jerteh,
Terengganu.
________________________________________________
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000, Jerteh,
Terengganu.                                           15 OKTOBER 2010  
          
Tuan,
Memohon Kebenaran Membuat Lawatan

Dengan segala hormatnya di maklumkan bahawa Persatuan Bahasa
Melayu Sekolah Kebangsaan Darau akan mengadakan lawatan
ke pameran buku yang bertempat di Kampung Raja, Besut.

2.     Surat kebenaran ibu bapa telah diedarkan  dan sudah pun 
mendapat jawapannya. Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon
 kebenaran daripada tuan untuk ke pameran tersebut.

  Untuk makluman tuan, berikut adalah butir-butir lawatan kami :

                        Tarikh : 17.10.2010
                        Masa   : 10.00 pagi
                        Ahli     : 21 orang termasuk 2 guru pengiring     
                                    
Kerjasama daripada tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,
( NORAINI BT. IBRAHIM )
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu.



Contoh Surat Rasmi 2
Kelab Sains sekolah anda akan mengadakan  lawatan
 ke Stesen Penyiaran TV3 di Sri Pentas. Tuliskan sepucuk surat
kepada pengarah stesen tersebut untuk memohon kebenaran. 
Kelab Sains,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000, Jerteh,
Terengganu.
_______________________________________________
Pengarah,
Stesen Penyiaran TV3,
Sri Pentas,
50164 Kuala Lumpur.                                   18 OKTOBER 2010

Tuan,                                                   
Memohon Kebenaran Melawat Stesen Penyiaran TV3

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Kelab Sains
Sekolah Kebangsaan Darau akan mengadakan lawatan ke
Stesen Penyiaran TV3 di Sri Pentas.        
          
2.         Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta
pengetahuan kepada murid-murid tentang cara-cara penerbitan
 dan penyiaran rancangan-rancangan di TV3.Tambahan pula t
elevisyen merupakan satu alat komunikasi yang banyak memberi
 pengetahuan kepada murid-murid.
    
3.     Untuk makluman tuan, berikut adalah butir-butir lawatan kami :                       
Tarikh            : 25.11.2010
 Masa              : 10.30 pagi
 Ahli                 : 39 orang termasuk 4 guru pengiring  
                                  
4.     Kami amat berbesar hati sekiranya tuan dapat memberikan
jawapan dengan segera. Kerjasama daripada pihak tuan kami
dahului dengan ribuan terima kasih.       

Sekian.                            

Yang menjalankan tugas,           

(UMMU ATIYAH BT. ABD. FATAH)
Setiausaha,
Kelab Sains.  




Contoh Surat Rasmi 3
Soalan : Kamu terbaca iklan tentang penerbitan baru beberapa
buah buku cerita dalam surat khabar. Tuliskan sepucuk surat
kepada pengurus pemasaran untuk memesan buku-buku tersebut.

Kampung Tanjung Alir,
22000, Jerteh,
Terengganu.
________________________________________________
Pengurus Pemasaran,
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,
64 & 66, Jalan Pingai,
80400, Johor Bahru.                             14 OKTOBER 1998

Tuan,
Memesan Buku

Merujuk kepada perkara di atas, saya Ummu Atiyah Bt. Abd. Fatah
telah terbaca iklan dalam akhbar tentang beberapa buah buku
 cerita terbitan syarikat  tuan.

2.           Sehubungan itu, saya ingin memesan beberapa buah buku
 cerita tersebut seperti berikut :

     Bil. Judul Buku                      Kuantiti               Harga Seunit
      1. Misteri Kapal Tenggelam     1                     RM      3.60
      2. Misteri Patung George         1                     RM      3.60
      3. Rahsia Rumah Tua              2                     RM      4.00
                                                               Jumlah   RM    11.20  
3.         Sehubungan dengan itu, saya sertakan kiriman wang pos bernombor
107 yang bernilai RM 11.20. Saya berharap agar pihak tuan dapat
 menyegerakan hantaran buku tersebut. Kerjasama daripada pihak
 tuan amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

( UMMU ATIYAH BT. ABD. FATAH )


Contoh  laporan 1
Soalan : Persatuan Bahasa melayu sekolah anda telah
 menagadakan lawatan sambil belajar ke Melaka.
Sebagai setiausaha persatuan anda  diminta menulis sebuah
 laporan lengkap tentang lawatan yang telah lalu.

      Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Melaka Bandaraya Sejarah 
                  Pada hari Sabtu,17 April 2011,seramai 40 orang ahli
rombongan sekolah telah mengadakan lawatan sambil belajar
ke Melaka.Lawatan ini diiringi oleh empat orang guru,yang diketuai
oleh Cikgu Mahmud Ali. Kami bertolak pada pukul 8.00 pagi
dengan menaiki sebuah bas yang disewa khas. Selepas kami
 mendengar taklimat daripada guru pengiring,kami pun bertolak
Satu jam kemudian,kami telah selamat sampai di Melaka.

Tempat pertama kami singgahi ialah Air Keroh.Terdapat
beberapa tempat yang menarik untuk dilawati di situ.
Kami berasa amat teruja dengan tempat ini. Pada pukul 2.15 petang,
bas bertolak ke Bandar Melaka .Guru kami membawa
kami melawat beberapa tempat sejarah,antaranya
ialah Kota A'Famosa dan Menara Taming Sari.

     Kemudian,bas menuju ke Bandar Hilir.Di situ,kami berpeluang
melihat kota,bangunan dan tempat bersejarah.Kami juga dapat
 membeli belah untuk dijadikan buah tangan. Selepas dua jam berlalu,
kami pun pulang.Perasaan kami sangat gembira.Kami berharap
kami akan dapat pergi ke Melaka lagi.

Laporan disediakan oleh,
Fatin 25 APRIL 2009
(TENGKU FATIN BUSYRA BT TENGKU NADZION)
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu.

No comments:

Post a Comment